Rabu, 5 Disember 2007

Ke Putrajaya

Hari ini mengembara lagi. Kali ini ke Putrajaya pula, menghadiri satu pameran showcase OSS sempena MyGOSSCON. Kena jaga 'booth' selama 2 hari. Nak menginap kat mana belum tau lagi… Hmmm…

Isnin, 26 November 2007

Mengembara ke Ipoh

Hari ini ambo kena pergi ke Ipoh kerana menghadiri satu urusan rasmi. Kalau nak ikutkan, banyak kerja2 tertunggak kat ofis sebenarnya, tapi kerana arahan, ambo kena pergi juga.

Apa2 pun, selamat datang ke Ipoh.

Rabu, 26 September 2007

Kerajaan tubuh agensi maju pendidikan Islam


Kerajaan tubuh agensi maju pendidikan Islam
Oleh Ismail Mat dan Wan Faizal Ismayatim

Bharian
26 Sept 07

IPPI buat penyelidikan, beri idea kemas kini pengajaran: TPM

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penubuhan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI) bagi membantu usaha memperkasakan pendidikan Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, IPPI akan menjadi agensi yang memberi idea dan saranan membantu usaha kerajaan membangunkan negara yang berbilang kaum dan agama ini demi keamanan serta kesejahteraan.

"IPPI yang akan ditubuhkan Kementerian Pelajaran dalam tempoh terdekat ini, boleh memainkan peranan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan untuk memperkasakan lagi pendidikan Islam di negara ini. "Saya percaya IPPI akan menjadi sumber merangsang keberkesanan pendidikan Islam menerusi sistem pelajaran negara kita, katanya berucap merasmikan Majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan 2007 di Sekolah Kebangsaan Padang Garong II, di sini, petang semalam.

Turut hadir Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa.

Seramai 680 murid Kelas j-QAF di seluruh negara mewakili 2,560 murid j-QAF yang khatam al-Quran di seluruh negara tahun ini, menyertai program itu.

Pada majlis sama, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM150 juta sebagai tambahan kepada Kementerian Pelajaran membina Makmal j-QAF di semua sekolah kebangsaan seluruh negara sepanjang Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), termasuk RM21.9 juta di Kelantan.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah untuk membiayai 936 projek membabitkan pembinaan 1,066 bilik darjah bagi sekolah rendah di seluruh negara.

Najib berkata, kejayaan program j-QAF adalah bukti pendidikan agama sebagai asas dalam pembentukan generasi al-Quran yang boleh menjadi kejayaan negara.

"J-QAF adalah pelengkap sistem pendidikan Islam negara kita, walaupun sebelum ini diperlekehkan pihak tertentu, kononnya sistem pendidikan kita adalah sekular, namun hari ini kita dapat lihat sistem pendidikan kita sebenarnya berasaskan sistem pendidikan Islam," katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan membawa pembangunan negara ini secara holistik dan seimbang, selaras dengan perjuangan berasaskan konsep Islam yang syumul.

"Kita tidak mahu Islam dilihat sebagai agama ritual saja, kita bukan nak perjuangkan pembangunan bersifat material, tetapi membangunkan umat Islam supaya pada akhirnya akan melahirkan sebuah tamadun baru," katanya.

Sementara itu, Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM224.4 juta bagi menyediakan makmal Program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang dilaksanakan sejak 2005, bagi memperkasakan kurikulum pendidikan Islam di sekolah kebangsaan.

Hishammuddin pada majlis sama berkata, selepas tiga tahun, 644,419 murid kini menguasai jawi, memahami asas bahasa Arab, mampu membaca al-Quran dengan baik serta penghayatan asas fardu ain dalam kehidupan seharian.

"Selepas tiga tahun program j-QAF di sekolah rendah terpilih seluruh negara, kita dapat melahirkan murid yang bukan saja celik al-Quran, malah khatam al-Quran di bangku sekolah rendah lagi.

"Tahun lalu, 1,800 murid seluruh negara khatam al-Quran dan jumlahnya meningkat kepada 2,560 tahun ini. Pencapaian ini amat membanggakan kerana selepas tiga tahun, semakin ramai murid sekolah rendah khatam al-Quran," katanya.

Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran j-QAF, Hishammuddin berkata, Makmal j-QAF akan diwujudkan di semua sekolah selain menaik taraf kemudahan sedia ada dengan peruntukan RM224.4 juta sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Sabtu, 15 September 2007

Lengkaplah jelajah Malaysia


Tanggal 4 September lalu, lengkaplah penjelajahan ambo satu Malaysia setelah menjejakkan kaki ke Sabah.

Kali ini, ambo ke Sabah atas tujuan menghadiri Mesyuarat Pegawai Pengesanan Graduan 4/2007. Sebelum ini ambo pernah sampai ke Sarawak selaku Pegawai Pengiring Majlis Tilawah dan Pidato.

Ambo harap ada la rezeki untuk ziarah luar negara pula. Walaupun ambo pernah ke Pattani, Tahiland, tapi tempatnya macam kampung halaman ambo, tambah pula ambo ke sana kerana menziarahi saudara mara, macam bukan ke luar negara rasanya. Moga-moga Tabung Haji ambo akan cepat-cepat penuh untuk ambo tunaikan cita-cita nak ke luar negara.

Rabu, 30 Mei 2007

Masih di Permai Inn

Masih lagi di Permai Inn. Laporan Kajian Pengesanan Graduan Kebangsaan masih dalam proses ubahsuai. Semua counterparts terlibat meneliti dan membetulkan sebarang kesilapan yang ada dalam laporan tersebut. Laporan kali ini agak terperinci berbanding tahun-tahun sebelumnya. Perbandingan dibuat bukan hanya pada tahap jantina atau peringkat pengajian malah melibatkan komposisi kaum, kursus, bulan tamat pengajian dan beberapa indikator lain. Jadualnya sahaja dah sampai berpuluh-puluh ditambah dengan rajah bagi setiap satu jadual yang ada. Penerangannya pula berjela-jela sampai tak mahu membacanya lagi.

Sahabat sekuliah, al-Akh Zulkifli Omar ada menghantar sms supaya memaklumkannya jika ada nak ke mana-mana. Saing ambo ni sedang bercuti kat kampung. Dia seorang ustaz di salah sebuah sekolah di Semporna, Sabah. Jadi cuti selama 2 minggu ni dia manfaatkan bersama anak isterinya yang berada kat Terengganu.

Oklah, sambung edit report pulak...

Isnin, 28 Mei 2007

Ke Terengganu

Menghadiri mesyuarat Tracer Study di Permai Inn, Kuala Terengganu. Bertolak dari KLIA pukul 3.30 ptg dan dijemput oleh sahabat Zulkifli Omar kat airport Batu Rakit pukul 5 ptg.