Jumaat, 21 April 2017

Tut pokok tin

Sebelum ini saya pernah menanam anak pokok tin melalui kaedah keratan batang. Kini saya mencuba pula kaedah tut. Alhamdulillah, setakat ini dah berjaya menghasilkan 2 anak pokok melalui kaedah tut. Sekarang sedang menunggu hasil tut yang ke 3 dan seterusnya mengeluarkan akar sebelum dipotong dan disemai untuk menambahkan koleksi yang sedia ada.





Sabtu, 1 April 2017

Dah boleh rasa hasilnya

Alhamdulillah, setelah hampir beberapa bulan menunggu buah tin masak, maka tibalah harinya untuk merasa dan menikmati buah tin dari laman sendiri. Sebelum ini hanya melihat gambar dari laman tin rakan-rakan FB, kini saya tayangkan pula buah tin hasil dari laman saya sendiri...




Rabu, 1 Februari 2017

Keratan batang

Setelah mempelajari cara menanam pokok tin menggunakan kaedah keratan batang secara online, saya mencubanya untuk menghasilkan anak pokok sendiri. Hasil pada peringkat awal amat mengujakan, ada yang masih memiliki hayat... namun ada juga keratan pokok tin menjadi kayu api... apa-apa pun, kita hanya mencuba, yang menghidup dan mematikan ialah Allah s.w.t.