Jumaat, 23 Januari 2009

Isu sejagat, bukan Islam sahaja...

Disebalik isu Palestin-Israel ini, mari sama-sama kita selidik beberapa perkara berkaitan.

Israel menyerang rakyat Gaza hanya kerana dua isu kecil iaitu:

1. Roket pihak Hamas yang dibuat sendiri menggunakan bahan kitar semula yang setakat ini hanya membunuh tidak sampai 10 orang wagra Israel.

2. Terowong bawah tanah yang dibina di Gaza. Terowong ini dibina untuk membawa makanan dan ubatan yang dikatakan terowong rahsia oleh pihak Israel. 

Mungkin ada yang tertanya kenapa pihak rakyat Palestin bertindak demikian. Puncanya ialah kerana Gaza dikepung dari seluruh arah oleh Israel sama ada dari darat, laut, udara dan sempadan Mesir-Palestin. Mereka susah untuk mendapat bekalan makanan dan ubatan sehingga mereka terpaksa bertindak demikian. 

Disebalik resolusi pelbagai yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu, satupun tidak bermakna buat Palestin. Genjatan senjata, perdamaian, resolusi dan pelbagai lagi perbincangan dibuat, tapi hanya bertahan beberapa waktu. Jadi, jalan terbaik bagi mereka ialah jihad melawan kuffar yang mana hanya jalan ini sahajalah boleh membuatkan Israel lenyap dari bumi Palestin. Inilah juga jalan untuk mereka syahid setelah tiada lagi peperangan besar seperti yang berlaku pada zaman khalifah terdahulu. 

Semoga mereka berjaya.



1 ulasan:

FarEastNajmi berkata...

Tak sanggup rasenye memanggil nama Israel..dalam al-Quran di sebut bani Israel (pilihan)..Menjadi bangsa pilihan tetapi memiliki sifat yang terkutuk dan takbur...
Lebih baik dipanggil Yahudi...bangsa Yahudi laknatullah...