Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadan Kareem

(Sumber gambar: http://greetings-wishes-cards.blogspot.com)


Salam Ramadan 1433 Hijrah. Semoga puasa kita tahun ini akan meningkatkan lagi taqwa seterusnya berjaya bertemu dengan malam al-Qadr yang lebih baik dari seribu bulan.

Selasa, 17 Julai 2012

Berpindah


Alhamdulillah, urusan pemindahan masuk ke rumah baru telah selesai. Target ambo untuk berpindah seminggu sebelum puasa tercapai. Namun masih ada beberapa urusan di rumah lama yang belum selesai. Sampah sarap masih berlonggok di tempat letak kereta. Beberapa barang yang tergantung dan melekat pada dinding belum dibuka lagi. Tak sempat nak ambil dan buang sampah kerana hanya hari minggu sahaja berkesempatan untuk melakukan kerja-kerja tertunda tersebut. Hari-hari bekerja memang tak sempat sebab sampai rumah dah hampir senja. 

Kenangan bermastautin di Taman Seri Mangga sepanjang 10 tahun amat banyak. Jiran-jiran semua baik-baik belaka. Malah yang menjaga anak-anak ambo juga adalah jiran kat taman tersebut. Terharu dengan Makcik Minah yang hampir menitiskan air mata ketika jumpa masa kemas barang kat rumah lama. Dia yang ambo kenali sejak bujang hingga anak tiga amat baik dan ramah. Suaminya iaitu Pakcik Harun juga amat mudah membantu apabila diperlukan. Semoga Allah merahmati mereka berdua.

Begitu juga dengan Kak Ida dan Abang Sidek, jiran sebelah rumah. Susah nak jumpa jiran macam ni lebih-lebih lagi kat rumah baru ni. Sentiasa ambil berat kat jiran macam keluarga sendiri. Terima kasih kat jiran-jiran yang menolong mengangkat barang semasa proses pindah rumah khususnya untuk Abang Mat Shah, Jemi, Yan, Arul dan adik ipar yang datang dari kampung. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Sabtu, 28 April 2012

Pembida berjaya

Alhamdulillah, ambo dan isteri berjaya membida sebuah rumah lelong di Taman Pandan Perdana setelah tiada pembida yang turut serta membida rumah tersebut. Mungkin harganya agak tinggi untuk kategori rumah lelong iaitu RM120,000 di Melaka. Rata-rata rumah yang dibida pada hari tersebut adalah bawah RM100,000. Ada 4 buah rumah yang dibida dan rumah yang ambo berjaya perolehi itu dibida pada sesi yang terakhir. Sebelum itu, ambo dah setkan berapa had syiling yang ambo akan tetapkan jika ada pembida lain.

Sebenarnya ambo ingin menunggu untuk bidaan kali ke 2 kerana harganya akan turun 10% dari harga asal. Namun memandangkan taman tersebut dah biasa dikunjungi (rakan karib ada menetap di situ) dan baru 3 tahun dibuka, maka ambo membuat keputusan untuk masuk membida. Pada pandangan ambo, seandainya ada seorang lagi yang berfikiran seperti ambo, sudah tentu akan berlaku bidaan yang tinggi jika sama-sama masuk untuk bidaan kali ke 2. Jadi biarlah ambo rugi sikit dari rugi banyak lepas ni atau langsung tak dapat rumah yang ambo inginkan itu. Lagipun, harga tu masih dibawah harga pasaran walaupun tak banyak mana bezanya dengan harga asal iaitu RM135,000.

Jika nak lihat rumah yang ambo berjaya bida tu, boleh lawat blog yang iklankan rumah lelong di Iklan Rumah Lelong


Ahad, 22 April 2012

Rumah Lelong

Insyallah, ambo dan isteri akan masuk membida sebuah rumah lelong di taman berdekatan dengan rumah sewa sekarang. Sekarang ni tengah membuat kajian pembelian rumah secara lelong dari beberapa blog pelabur hartanah. Pengalaman mereka amat berguna dalam menghadapi urusan lelong ini memandangkan ini adalah pengalaman pertama ambo dan semestinya memerlukan banyak maklumat dan pengetahuan dari blog-blog tersebut. Antara blog yang ambo buat rujukan adalah blog.aidan.com.my, faridzaswadi.blogspot.com, abangensem.com, tuanbri.com, blog.najahudin.com, tuanrumah.blogspot.com dan lain-lain yang terjumpa di google.com. Semoga urusan ini dipermudahkanNya.