Lebih setahun blog ini tidak memiliki tajuk baharu. Bukan ketandusan idea atau tiada masa untuk mengemaskininya. Apa-apa alasan pun, hari ini ambo mesti memulakan semula penulisan melalui blog ini kerana inilah antara kaedah untuk memahirkan diri dalam penulisan selain membuat artikel, penerbitan dan sebagainya. Sepanjang ambo 'berehat' dari dunia blog ini, tiada banyak penulisan yang ambo hasilkan kecuali beberapa artikel akademik untuk pembentangan. Jadi platform ini perlu diaktifkan semula agar bateri yang tidak digunakan dapat dicas semula dan dimanfaatkan untuk manfaat pada diri dan orang lain.
PERADABAN MAJMUK DALAM KONTEKS ACUAN MALAYSIA DAN NEGARA BANGSA
7 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan