Jumaat, 1 Ogos 2008

Bekas Pelajar PKM


Terbaca berita dalam Utusan Online yang bertajuk "Pemungut sampah jadi pemilik hotel" bertarikh hari ini agak membanggakan juga. Manakan tidak apabila tokeinya adalah merupakan bekas pelajar tempat ambo mencari rezeki. Ambo masih dalam keadaan yang sama sewaktu Saudara Sahar (tokei Hotel) menjadi pelajar di sana sehinggalah beliau menjadi bos ketika ini. Beliau kini sudah memiliki sesuatu yang agak mustahil untuk ambo miliki. Namun ambo anggap ini adalah rezeki masing-masing. Walaupun beliau sebelum hanyalah seorang pelajar peringkat sijil dan waktu itu ambo sudah memiliki ijazah, namun segala-galanya bergantung kepada usaha. Benarlah kata pepatah arab "Man jadda wajada", iaitu sesiapa yang berusaha maka dia akan beroleh sesuatu. Maka ambo kena kuatkan usaha demi perjuangan ambo di jalan Allah ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salams....

macam juga pepatah :-

BELAKANG PARANG DI ASAH LAGIKAN TAJAM...menunjukkan satu usaha ke arah memajukan diri sendiri...memang tidak mustahil dalam apa jua keadaan..dengan izin Allah

~angahnafi~ berkata...

Assalamualaikum, terima kasih kerana berkunjung ke laman blog ~angahnafi~. Semoga ukhuwah dan juga persahabatan kita tetap utuh dan berkekalan.

Tanpa Nama berkata...

ustaz,

takdak hotel pun takper,,,, yag penting ada blog....

he he he