
Begitu juga dengan tarikh 080808 yang turut menjadi tarikh perasmian sukan Olimpik yang berlangsung di China. Malah ramai yang melangsungkan pelbagai acara seperti perkahwinan sempena dengan tarikh yang berangka 8 ini. Biarlah mereka dengan kepercayaan mereka kerana itulah ajaran yang terkandung dalam ajaran agama mereka.
Namun sebagai penganut agama Islam yang berakidahkan hanya kepada Tuhan yang satu, iaitu Allah s.w.t, semoga perkara ini terhindar daripada kepercayaan dan amalan kita. Jika tidak, dibimbangi ianya merosakkan iman kita kepadaNya.
2 ulasan:
Betul ustaz cakap tu..TETAPI orang 'kita' selalu mengungkapkan tarikh sedemikian sebagai 'tarikh bertuah'/'tarikh special'dan ada jugak yang sanggup menundakan tarikh perkahwinan dsbnyer semata-mata tarikh yang dirancang itu telah terlepas..persepsi ini harus diubah untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan generasi muda..amalan yang diamalkan oleh golongan dewasa..
salam... tak nak join gath ke..
Catat Ulasan