Sewaktu ambo kecil-kecil dahulu, ambo pernah mengalami pendarahan di hidung terutama apabila ambo bermain tak ingat dunia dalam keadaan cuaca panas terik. Lalu emak ambo menggunakan daun sirih dan meletakkannya dihidung bagi menghentikan pendarahan. Perkara yang sama turut berlaku pada anak ambo. Sebelum ini pernah berlaku, cuma sekejap sahaja dan ia tidak berlarutan lama. Tapi kali ini ia berlaku dua kali dalam satu hari, maka disebabkan tiada daun sirih kat rumah, maka bergegaslah ambo dan isteri menuju ke klinik berdekatan nak mencari daun sirih (rawatan la...). Alhamdulillah, setelah diperiksa, tiada simpton yang agak bahaya dari kejadian itu. Cuma ambo masih ragu-ragu sama ada ia berpunca dari ambo yang pernah mengalaminya (warisan) atau ada sebab lain. Semoga dijauhkanlah segala perkara bahaya yang memudaratkan.
PERADABAN MAJMUK DALAM KONTEKS ACUAN MALAYSIA DAN NEGARA BANGSA
8 bulan yang lalu
2 ulasan:
orang tua-tua cakap....biasanyer budak-budak yg mengalami macam ustaz dan anak ustaz alami ialah disebabkan 'panas' dalam badan...
So,kenalah jaga kesihatan melalui penjagaan pemakanan...Macam kena kurangkan 'seafood'...'daging'...
Masakkan kena kurangkan cili dan lebihkan masakan berbentuk SOUP...Insyaallah dapat mengurangkan kepanasan...
Kat skul aunty pun ramai murid-murid yg mengalami masalah yang sama.meme PANIC ler guru=guru yg bertugas...
Rasanya macam tu la. Doktor muda yang ambo jumpa tu pun sependapat dengan apa yang orang tua-tua cakap. Cuma dia tambah lagi pendarahan mungkin juga disebabkan oleh faktor salah satu kawasan pada hidung kanak-kanak yang masih lembut dan mudah mengalami kecederaan.
Terima kasih atas pandangan dan nasihat...
Catat Ulasan