Berita 1:
"Pada masa ini politeknik hanya menawarkan jurusan peringkat diploma sahaja dan apabila dilaksanakan kelak, tiga ke empat politeknik akan dipilih untuk menawarkan jurusan-jurusan peringkat ijazah," kata Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang.
Beliau berkata politeknik menerima 120,000 permohonan sedangkan jumlah tempat yang ditawarkan kepada pelajar hanya 20,000.
Katanya lulusan politeknik juga menjadi pilihan pihak industri kerana mereka memiliki kemahiran yang diperlukan.
Sumber: Bernama.com
-----------------------
Berita 2:
Politeknik tawar kursus ijazah dikaji
JOHOR BAHRU 20 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi sedang melakukan kajian terhadap politeknik di seluruh negara dalam usaha menaik taraf kedudukan institusi itu termasuk menawarkan kursus peringkat ijazah pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu dilihat mampu mengikis tanggapan bahawa politeknik tidak setaraf dengan universiti hingga menjadikan institusi tersebut sebagai pilihan kedua di kalangan lepasan pelajar sekolah.
Katanya, politeknik perlu memiliki kekuatannya sendiri dan kedudukan institusi itu mesti selari dengan universiti dan bukannya di bawah standard universiti.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Pengajian Politeknik untuk mengkaji bagaimana hendak menentukan institusi yang semakin menjadi tumpuan ini terutamanya di kalangan pelajar lelaki dapat ditingkatkan kedudukannya sebagai pilihan yang selari dengan universiti.
“Sekarang ini orang melihat politeknik sebagai kelas dua. Kita tidak mahu ada tanggapan begitu kerana apabila saya sebagai seorang pelajar sekolah, saya melihat kalau tidak dapat masuk universiti, saya hendak masuk politeknik,’’ ujarnya.
Sumber: Utusan Online
4 ulasan:
ambo sokong sangat222
Saya sokong dasar kementerian untuk meningkatkan taraf politeknik,ini akan memudahkan graduan yg mahu melanjutkan ke peringkat ijazah di politeknik,dan saya syorkan untuk menambahkan lagi bilangan politeknik yg menawarkan program ijazah politeknik!!
Syorkan bilangan pelajar lelaki yg dpt mlnjutkan pljrn pd prngkt ijzah dlm kursus kejuruteraan elektrik dpt d tambah...
mencadangkan salah 1 politeknik yg tersenarai d antra poli yg menawarkan kursus prngkt ijazah adalah politeknik sultan salahuddin di shah alam@politeknik shah alam!!
Catat Ulasan