Selasa, 17 Julai 2012

Berpindah


Alhamdulillah, urusan pemindahan masuk ke rumah baru telah selesai. Target ambo untuk berpindah seminggu sebelum puasa tercapai. Namun masih ada beberapa urusan di rumah lama yang belum selesai. Sampah sarap masih berlonggok di tempat letak kereta. Beberapa barang yang tergantung dan melekat pada dinding belum dibuka lagi. Tak sempat nak ambil dan buang sampah kerana hanya hari minggu sahaja berkesempatan untuk melakukan kerja-kerja tertunda tersebut. Hari-hari bekerja memang tak sempat sebab sampai rumah dah hampir senja. 

Kenangan bermastautin di Taman Seri Mangga sepanjang 10 tahun amat banyak. Jiran-jiran semua baik-baik belaka. Malah yang menjaga anak-anak ambo juga adalah jiran kat taman tersebut. Terharu dengan Makcik Minah yang hampir menitiskan air mata ketika jumpa masa kemas barang kat rumah lama. Dia yang ambo kenali sejak bujang hingga anak tiga amat baik dan ramah. Suaminya iaitu Pakcik Harun juga amat mudah membantu apabila diperlukan. Semoga Allah merahmati mereka berdua.

Begitu juga dengan Kak Ida dan Abang Sidek, jiran sebelah rumah. Susah nak jumpa jiran macam ni lebih-lebih lagi kat rumah baru ni. Sentiasa ambil berat kat jiran macam keluarga sendiri. Terima kasih kat jiran-jiran yang menolong mengangkat barang semasa proses pindah rumah khususnya untuk Abang Mat Shah, Jemi, Yan, Arul dan adik ipar yang datang dari kampung. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Tiada ulasan: