Alhamdulillah, ambo dan isteri berjaya membida sebuah rumah lelong di Taman Pandan Perdana setelah tiada pembida yang turut serta membida rumah tersebut. Mungkin harganya agak tinggi untuk kategori rumah lelong iaitu RM120,000 di Melaka. Rata-rata rumah yang dibida pada hari tersebut adalah bawah RM100,000. Ada 4 buah rumah yang dibida dan rumah yang ambo berjaya perolehi itu dibida pada sesi yang terakhir. Sebelum itu, ambo dah setkan berapa had syiling yang ambo akan tetapkan jika ada pembida lain.
Sebenarnya ambo ingin menunggu untuk bidaan kali ke 2 kerana harganya akan turun 10% dari harga asal. Namun memandangkan taman tersebut dah biasa dikunjungi (rakan karib ada menetap di situ) dan baru 3 tahun dibuka, maka ambo membuat keputusan untuk masuk membida. Pada pandangan ambo, seandainya ada seorang lagi yang berfikiran seperti ambo, sudah tentu akan berlaku bidaan yang tinggi jika sama-sama masuk untuk bidaan kali ke 2. Jadi biarlah ambo rugi sikit dari rugi banyak lepas ni atau langsung tak dapat rumah yang ambo inginkan itu. Lagipun, harga tu masih dibawah harga pasaran walaupun tak banyak mana bezanya dengan harga asal iaitu RM135,000.
Jika nak lihat rumah yang ambo berjaya bida tu, boleh lawat blog yang iklankan rumah lelong di Iklan Rumah Lelong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan