Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ini bermakna, waktu-waktu untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Ramadan tahun ini sudah semakin menuju tempoh akhir. Jika kerja-kerja pejabat kita berkejaran kerana takut tibanya tempoh akhir, adakah Ramadan juga begitu? Atau sudah tidak sabar nak balik kampung untuk beraya? Atau memang kita adalah antara golongan yang sentiasa mengejar setiap kelebihan ketika berada dalam bulan yang mulia ini?
Sama-samalah kita mengukur prestasi Ramadan tahun ini agar segala pencapaian yang kurang memuaskan akan dapat diperbaiki jika diberi peluang sekali lagi untuk bertemu Ramadan pada tahun akan datang.
Peringatan ini dibawakan khas oleh ambo dan ditujukan untuk diri ambo dan mereka yang sewaktu dengannya.
1 ulasan:
sepatutnyer begituler kita mengejar Ramadhan nie kan ustaz? Memenuhi bulan yang MULIA ini dengan amalan-amalan yang dituntut....Insya-Allah besar ganjaran pahlernyer..
Catat Ulasan