Ahad, 4 Oktober 2009

Hari Raya

Hari raya telah berlalu. Jika di tempat ambo iaitu Kelantan, sambutan Idul Fitri hanyalah sekitar empat atau lima hari sahaja. Selepas itu sudah tiada aktiviti berkaitan hari raya. Masing-masing kembali kepada aktiviti seperti sebelum Ramadan. Namun apabila balik ke tempat ambo mencari rezeki, sambutan raya sedikit berbeza. Kebanyakan masyarakat di sini menyambutnya sehingga sebulan. Malah pada 30 Syawal masih ada yang buat sambutan raya, katanya penutup raya.

Kunjungan jiran ke rumah dan kunjungan balas balik menjadi acara tetap setiap tahun. Hari minggu penuh dengan aktiviti rumah terbuka. Mungkin ini adalah adat masyarakat di sini apabila tibanya Syawal. Agaknya kalau tiada Syawal, tiadalah kunjungan dari rumah ke rumah mahupun rumah terbuka. Walhal dalam Islam tidak dihadkan untuk menziarahi saudara mara atau jiran dan sahabat hanya pada bulan Syawal sahaja.

Apa-apapun, semoga kita terhindar daripada menjadikan amalan ini sebagai adat semata-mata. Berkunjunglah ke rumah jiran dan sahabat sebagai niat untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam dan buatlah aktiviti rumah terbuka sebagai sebahagian cara untuk bersedekah serta mengenyangkan mereka yang lapar. Semoga amalan kita diterima sebagai ibadat baik dalam bulan Ramadan, Syawal atau bulan-bulan Islam yang lain.

2 ulasan:

tice berkata...

Betul ustaz cakap tu...

Lani orang asik-asik dok buat RUMAH TERBUKA semata-mata nak menjemput sahabat handai dan rakan taulan dan dah jadi 1 trend / adat pada setiap Hari Raya...Semoga ia nyer tak terpesong dari niat asal...ie untuk mengukuhkan ukhwah..

Hosting Template berkata...

Assalamu alaikum....
I agree with you 0_0