Ahad, 20 April 2008

Program Bersama JKA


Semalam dan hari ini ambo ke Pantai Padang Kamunting, Pengkalan Balak daerah Masjid Tanah bersama dengan JKA untuk program motivasi dan Hari Keluarga JKA. Kuliah Maghrib berjalan dengan selamat, namun kuliah subuh terpaksa di'cut' kerana angin yang kuat dan hujan renyai-renyai membasahi ambo dan para jamaah lain.

Beberapa buah khemah turut diterbangkan oleh angin, namun tiada sebarang musibah yang agak membahayakan. Seronok juga sekali sekala berjamaah menghadap laut yang seluas mata memandang. Betapa kerdilnya diri bila melihat luasnya laut ciptaanNya dan betapa banyaknya ilmuNya bila melihat air laut yang tak pernah-pernah surut.

1 ulasan:

MODerator berkata...

Sungguh puitis madah tuan hamba. Mentang-mentanglah negeri Hang Tuah punyai pantai yang luas. Cemburu sekali kami di Tg Malim ni yang hanya ada banjaran gunung dan anak sungai. Mungkin jika masa mengizinkan, sudilah menerima kunjungan dari kami disini. Hahaha...