Sabtu, 28 Jun 2008

Pengajian Tinggi

Setelah 6 tahun keluar dari sebuah menara yang diibarat seperti gading gajah kerana betapa mahalnya untuk berada di sini, semalam ambo sekali lagi menjejakkan tayar kereta ke lembah ilmu ini. Kalau dahulu ambo berada di sini sebagai penuntut ilmu secara formal, kali ini juga masih berstatus demikian. Cuma kemasukan ambo kali ini adalah untuk mendapatkan sijil ditahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Harapan ambo, bukan setakat sijil sahaja yang berstatus tinggi, ilmu pun demikian. Cuma ambo khuatir adakah ambo dapat selesaikan proses untuk mendapatkan sijil berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan memandangkan pengajian ambo kali ini adalah sepenuhnya dengan bantuan subsidi. Nampaknya ia sesuatu yang agak berat.

Namun langkah sudah dimulakan. Maka ambo akan terus melangkah walaupun harga minyak akan terus naik. Mengambil semangat minyak yang terus naik walaupun ada masa ianya turun, semangat ambo akan turut demikian walaupun mungkin kekadang ianya turun macam air hujan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

askum,demo register bawah apium ko, jabatan gapo. mace demo apply sambung ma haritu kena dapat pengesahan jawatan dulu ko?lias